Khamis, 9 Jun 2011

Prequel 1: Menghayati Senibina GB; antara degil & ego

..Kekadang aku merasa jika dapat ku buang sikap KEDEGILAN tegar dalam diriku, aku akan lebih berjaya di dalam bidang yang ku ceburi. Pernah dahulu sewaktu di tahun satu (tahun 1996-97 Fundamental Workbase di UTM) , setiap pelajar dikehendaki memilih seorang tokoh arkitek untuk dijadikan idola serta inspirasi bagi merekabentuk sebuah retreat house di Ulu Bendul, N9. Pertama kali aku mendengar tentang senibina Geoffrey Bawa daripada pensyarah (workbase 3) En. Fauwaz (Fauwazul Khair). Ramai pelajar mengidolakan GB serta cuba menggunakan falsafahnya di dalam rekabentuk. Ramai lagi cuba menggunakan konsep modernist LC, FLW dan MvdR. Pelajar tahun satu Senibina UTM (yang berjumlah 120 orang) waktu itu, hanya aku seorang sahaja yang memilih seorang arkitek Mexico- LB (Louis Barragan) Walaupun sebenarnya aku begitu mengkagumi GB, tetapi aku tidak memilih arkitek tersebut (kerana jauh di dalam satu sudut wujud satu keEGOan “Aku tidak menyukai apa yang ramai orang suka”, sikap DEGIL ku ini ada kalanya membawa kelebihan, tetapi yang sebenarnya tidak (atau belum) membawa keuntungan).”

..Berterusan apabila aku menyambung pengajian di USM (2000-2004), aku kurang bertanya kepada para senior (yg kini ramai dah menjadi arkitek berjaya), sewaktu di tahun 3, ramai pelajar menggunakan kaedah manual, aku sebaliknya memilih menggunakan komputer. Persembahan collage & CAD hanya melayakkan aku memperoleh gred C untuk design, Studiomaster (P.M Dr. R.A Malek) pernah mencabarku berjumpa terus dengan Dekan pusat pengajian HBP, jika tidak puas hati dengan gred yg diperolehi. Di tahun 4, aku kembali menggunakan kaedah ‘manual secara langsung’ (drafting & sketching directly on presentation boards). Majoriti menggunakan kaedah white-print dan komputer. Ramai pelajar cuba menerokai perisian 3D (Max) (belum wujud perisian Sketch-up) pada waktu tersebut.

Aku sememangnya betul-betul menonjolkan kelainan di dalam setiap hasil kerja terutamanya presentation drawings. (Setiap pelajar luar, terutamanya pelajar x-UTM/ x-poli yang menyambung pelajaran di USM sememangnya dianggap ‘something’..dinanti-nantikan). Aku tidak terkecuali, kata orang kerja ‘Ahmad Sid Hijaz’ pada waktu itu kalau tidak ditulis nama pun orang tahu itu kerja siapa.

Ego dan degil berlebihan ada kalanya kurang membawa kejayaan. Pada tahun akhir (B.Arch) ramai pelajar memilih tajuk berbentuk teknikal ‘single building’. Aku sebaliknya membuat ‘kajian besar’ tentang Bandar DiRaja Anak Bukit (Kedah) dan falsafah senibinaku lebih ke arah tropika-tradiosional (ala-ala Senibina Siam). Seharusnya aku perlu bertanya kepada ‘rakan-rakan senior’ apakah tajuk yang sesuai kerana ia merupakan sebuah projek One-Off. Bukan bermaksud menyesal tetapi aku merasakan aku sebenarnya berupaya menjadi ‘best-student’ Senibina USM 2004 (mengalahkan pelajar-pelajar berbangsa Cina, yang biasanya mengungguli gelaran tersebut). Oleh kerana aku tidak menjadi yang terbaik, maka aku tidak berjaya memperoleh hadiah biasiswa (ASTS) Skim pensyarah USM.
Kini dikala ramai pelajar-pelajar senibina tidak lagi meminati gaya senibina GB (yang secara zahirnya ia nampak usang & tidak moden). Aku kembali kepada ‘cinta pertamaku’ di dalam senibina yang selama ini tidak pernah ditulis atau dibicarakan kepada sesiapa... tbc

Tiada ulasan:

Hello Portfolio!!

Hello Portfolio!!