Selasa, 19 Oktober 2010

MAKSIAT pilihan ku?


Semalam, sy overheard perbualan tepon Anis (officemate di SDP)dgn adiknya UiTM, Perak. Seorg pelajar di sana telah termelahirkan bayi di Kampus. Bayi tu selamat..

Pada 23/10 ini, sy akan mendeklamasikan puisi ini di Majlis Makan Malam KAMSIS,
bersama pelajar Hidayah (yg telah memenangi tempat ke 3 di Pahang, dgn puisi sy yg bertajuk Universiti Politeknik Ungku Omar) serta diiringi petikan gitar seorg pelajar KAMSIS.


MAKSIAT; Lazat atau Jerat?

Terpaku aku di satu penjuru
Mengadap buku-buku memerah ilmu
Siru..kelu..
Rasa..kelibat
Syaitan jahat datang dekat
Mata ini mula lah rasa penat
Tapi, kembali sihat
Pabila menangkap aurat
Si gedik berseluar ketat.

Siapa benci melihat seksi?
Biar cair hati
Terliur lelaki
..Nak naik saham?
Mestilah melaram
Sedap memandang..geram
Tak tidur malam
Ya..walau ianya haram
Buat-buat je lah tak faham!

Tuan..budiman
Bukan semua perempuan pencetus maksiat
Apa erti lelaki?
Jika tiada iman dalam diri
Tunjukkanlah akhlak terpuji
Ikuti sunnah Nabi
Ibu ayah senang hati
Barulah kami jatuh hati!

Duhai si abang..
Jangan mudah mengintai peluang
Menambah dosa-dosa dalam ruang
Kerna masa tiada berulang
Kerna umur tiada panjang.

Usah impikan darjat cemerlang
Jika hidup sedia bergelumang
Dosa-dosa tak pernah lekang
Mustahil akan datang..
Pintu rezeki luas terbentang.

Hidup bersibuk maksiat
Masihkah ada ruang untuk ilmu melekat?
Hidup berlazat maksiat
Apakah nasib di hari Akhirat?

Terimalah hukuman berat
Rasa lah tubuhmu disiat-siat..
Berbirat disebat cemati Malaikat!
Bagai dipanggang membahang
Membakar hingga ke tulang-belulang
Serta diazab berulang-ulang.

Duhai sahabat..ingat!
Itulah akibat tanpa taubat
Mengapa masih kamu pilih
Maksiat berbanding taat?

Apakah maksiat ini memberi ketenangan?
Apakah si miskin mencuri..
Demi memcari rezeki itu tenang?
Apakah si along memberi pinjam,
Memeras ugut, menindas orang itu tenang?
Apakah si artis bertubuh seksi, bergaul bebas
Bertelanjang itu tenang?

Rakan..taulan
Maksiat ini laknat
Bukan nikmat.
Segeralah bertaubat
Sebelum terlambat.


“Mencari bekalan untuk perjalanan jauh”
~ashijaz
20/ 10/ 2010

2 ulasan:

harimau luka akan bangkit berkata...

boleh tuan ,email kan kepada kami alamat ,,, bertujuan mengumpukan dan meyebarkan mengenai
Cadangan Dan Aduan Mengenai Sistem Pemindahan Kredit Pelajar Lulusan Kursus Diploma Seni Bina Politeknik KPTM Di Universiti Awam , Universiti Swasta Tempatan Dan Universiti Luar Negara.
usul ini sedang di dIbentangkan kepada MOHE ( kementerian pengajian tinggi Malaysia)


sekian

Kumpulan gabungan
Pelajar Kurus Senibina Politeknik KPTM
(Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia )
Malaysia
Email-
pelajarsbpoliteknik@ymail.com


pls join & visit

http://www.tanggam.com

http://www.tanggam.com/v4/forum/index.php?board=74.0

sekian.
.ARCHITECTURE .UNIT. (A.U)
unit arkitektur senibina politeknik KPTM.
*Ipoh *Kuantan .*Port Dickson. *Jitra .* Merlimau *Sabak Bernam.*
www.architecture-unit.edu.my

Kami adalah pelajar yang mengikuti kursus seni bina dipoliteknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia(KPTM)@(MOHE).Terima kasih kepada semua pihak kerana memberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran, rasa amat bersyukur ke atas peluang yang diberikan dan berusaha untuk tidak mensia-siakan peluang ini dengan sebaik mungkin. Selepas lebih 20 tahun kursus seni bina ditawarkan dipoliteknik KPTM dan sehingga kini tiada maklumat sahih yang bertulis didedahkan kepada pelajar kursus seni bina politeknik KPTM untuk sistem pemindahan kredit yang sistematik apabila melanjutkan pelajaran di universiti kelak.

enSid berkata...

Alamatkan kpd:-Ketua Program Senibina, Unit Senibina, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar, Jln Raja Musa Mahadi
31400 Ipoh

T.kasih

Hello Portfolio!!

Hello Portfolio!!