Selasa, 19 Oktober 2010

MAKSIAT pilihan ku?


Semalam, sy overheard perbualan tepon Anis (officemate di SDP)dgn adiknya UiTM, Perak. Seorg pelajar di sana telah termelahirkan bayi di Kampus. Bayi tu selamat..

Pada 23/10 ini, sy akan mendeklamasikan puisi ini di Majlis Makan Malam KAMSIS,
bersama pelajar Hidayah (yg telah memenangi tempat ke 3 di Pahang, dgn puisi sy yg bertajuk Universiti Politeknik Ungku Omar) serta diiringi petikan gitar seorg pelajar KAMSIS.


MAKSIAT; Lazat atau Jerat?

Terpaku aku di satu penjuru
Mengadap buku-buku memerah ilmu
Siru..kelu..
Rasa..kelibat
Syaitan jahat datang dekat
Mata ini mula lah rasa penat
Tapi, kembali sihat
Pabila menangkap aurat
Si gedik berseluar ketat.

Siapa benci melihat seksi?
Biar cair hati
Terliur lelaki
..Nak naik saham?
Mestilah melaram
Sedap memandang..geram
Tak tidur malam
Ya..walau ianya haram
Buat-buat je lah tak faham!

Tuan..budiman
Bukan semua perempuan pencetus maksiat
Apa erti lelaki?
Jika tiada iman dalam diri
Tunjukkanlah akhlak terpuji
Ikuti sunnah Nabi
Ibu ayah senang hati
Barulah kami jatuh hati!

Duhai si abang..
Jangan mudah mengintai peluang
Menambah dosa-dosa dalam ruang
Kerna masa tiada berulang
Kerna umur tiada panjang.

Usah impikan darjat cemerlang
Jika hidup sedia bergelumang
Dosa-dosa tak pernah lekang
Mustahil akan datang..
Pintu rezeki luas terbentang.

Hidup bersibuk maksiat
Masihkah ada ruang untuk ilmu melekat?
Hidup berlazat maksiat
Apakah nasib di hari Akhirat?

Terimalah hukuman berat
Rasa lah tubuhmu disiat-siat..
Berbirat disebat cemati Malaikat!
Bagai dipanggang membahang
Membakar hingga ke tulang-belulang
Serta diazab berulang-ulang.

Duhai sahabat..ingat!
Itulah akibat tanpa taubat
Mengapa masih kamu pilih
Maksiat berbanding taat?

Apakah maksiat ini memberi ketenangan?
Apakah si miskin mencuri..
Demi memcari rezeki itu tenang?
Apakah si along memberi pinjam,
Memeras ugut, menindas orang itu tenang?
Apakah si artis bertubuh seksi, bergaul bebas
Bertelanjang itu tenang?

Rakan..taulan
Maksiat ini laknat
Bukan nikmat.
Segeralah bertaubat
Sebelum terlambat.


“Mencari bekalan untuk perjalanan jauh”
~ashijaz
20/ 10/ 2010

Hello Portfolio!!

Hello Portfolio!!