Rabu, 26 November 2008

Selamat Menempuh Peperiksaan

Sila baca apa2 shj yang berkaitan dengan PEMBINAAN.
Jawap soalan biar ringkas, tapi jawapan tepat.
Jangan tulis panjang-panjang, tapi fakta kurang.
Di Tapak terdapat banyak ‘shortform’ yang sering dibincangkan/disebut dalam site meeting.
Spt ; SO = Superintendent Officer, RA, RE, COW dll.
Refer kpd kontrak;
1) sendainya projek gagal disiapkan dalam tempoh kontrak. Setiap hari berikutnya kontraktor akan dikenakan denda atau LAD ( Liquidated & Ascertained Damages) maksudnya klien akan rugi kerana tidak dapat guna bangunan dlm tempoh dipersetujui kontrak, oleh itu kerugian klien perlu ditangguh oleh kontraktor.
2) Jika ada sebab munasabah/ rasional spt hujan berlarutan (disokongkan carta/jadual iklim tapak), pekerja mogok/rusuha/ kemalangan dll, kontraktor perlu memohon Lanjutan Masa (EOT/ extension of Time) kepada SO dengan sokongan arkitek. Dengan EOT kontraktor tidak akan dikenakan LAD.
3) Sekiranya dalam masa projek, klien/arkitek minta apa2 penambahan, dan speksifikasi itu tidak ada dalam kontrak, kontraktor berhak memohon VO (Variety Order). Arkitek biasanya akan push kontraktor buat kerja sebaik mungkin ( tanpa mengeluarkan VO) dan pihak kontraktor pula ‘suka’ kpd VO kerana boleh dapat lebih untung.
Sekiranya berlaku kesilapan rekabentuk (dari arkitek), dan kontraktor diperlukan membuat pembaikan. Kontraktor akan claim VO.
4) Apabila projek telah di hand-over, Bangunan diberikan warranty, tempoh ini dipanggil DLP (Defect Liability Period)/ tempoh kecacatan kerja. bIasanya 18 bulan bergantung kpd kontrak. Dalam tempoh tersebut sekiranya berlaku kerosakan/ kecacatan bangunan disebabkan kualiti kerja kontraktor. Kontraktor diwajibkan memperbaikinya tanpa kos.
Sekiranya kontraktor tak mau buat/ baiki kerja tersebut. SO/ Klien boleh melantik pihak ketiga dan bayaran tersebut akan dibayar drpd ‘retention fund’ wang tahanan kontraktor yg masih disimpan oleh klien.
5) CPC/ cert of Practical Completion dikeluarkan oleh Arkitek, apabila kerja2 kontraktor telah siap.
(sebelum hand-over).
CNC/ Cert of Non-Completion. Sijil perakuan Kerja2 tidak Siap, dikeluarkan arkitek kpd kontraktor seandainya kerja2 tidak siap (projek terbengkalai). Kontrak amat takut, kerana dgn sijil ini nama meraka ‘bad record’ sukar utk mendpt projek2 baru.

Rabu, 19 November 2008

Tata Laku Ikhtisas; Apa arkitek boleh/ tidak boleh buat?

1) Arkitek boleh menubuhkan firma/cawangan firma atau apa-apa bentuk perniagaan lain( yang berkaitan dengan pembinaan) HANYA dengan kebenaran Lembaga.
2) Arkitek hendaklah menjaga tatalaku, etika professional, hak-hak klien ke atas bangunan (yang tidak boleh didedahkan kepada umum tanpa keizinan klien).
3) Arkitek hendaklah sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada klien dan menjaga professionalisme / integriti arkitek, supaya profesion sentiasa dihormati masyarakat.
4) Arkitek tidak boleh meluluskan pelan bangunan atau lukisan yang dibuat/direka/dilukis oleh orang lain/ yang bukan dibawah seliaannya.
5) Arkitek tidak boleh membuat promosi perkhidmatan seperti perniagaan runcit/supermarket/ atau perkhidmatan yang tidak profesional.
6) Iklan perkhidmatan boleh dibuat melalui
~website; paparkan kreadibiliti perkhidmatan/ anugerah yang dimenangi.
~suratkhabar; perutusan tahniah kepada klien.
~suratkhabar; iklan kerja yang kreatif, menarik sesuai dengan kreativiti arkitek.
~risalah jualan projek/brochure; paparkan butiran arkitek bersama binaan/projek.
~media masa; interview ke atas arkitek, menerangkan hasil bangunan rekaannya seperti dalam rancangan terbitan Discovery Channel ( Megastructure), Ruang Sirahtulrahim (Arsitek Indonesia) dll.
~majalah-majalah arkitek spt Arcasia, AM, CAA, UIA dll
~rujukan periklanan Arkitek; Perkeliling Am LAM 3/1997, Akta Arkitek 1967.
7) Arkitek disarankan oleh Lembaga untuk sign/tandatangan pada bangunan yang direka (masterpieace), pada kedudukan yg mudah dilihat; serta maklumat pendaftaran arkitek, tahun dibina untuk makluman sejarah kepada generasi akan datang.

Selasa, 18 November 2008

Hello Portfolio!!

Hello Portfolio!!