Selasa, 19 Oktober 2010

MAKSIAT pilihan ku?


Semalam, sy overheard perbualan tepon Anis (officemate di SDP)dgn adiknya UiTM, Perak. Seorg pelajar di sana telah termelahirkan bayi di Kampus. Bayi tu selamat..

Pada 23/10 ini, sy akan mendeklamasikan puisi ini di Majlis Makan Malam KAMSIS,
bersama pelajar Hidayah (yg telah memenangi tempat ke 3 di Pahang, dgn puisi sy yg bertajuk Universiti Politeknik Ungku Omar) serta diiringi petikan gitar seorg pelajar KAMSIS.


MAKSIAT; Lazat atau Jerat?

Terpaku aku di satu penjuru
Mengadap buku-buku memerah ilmu
Siru..kelu..
Rasa..kelibat
Syaitan jahat datang dekat
Mata ini mula lah rasa penat
Tapi, kembali sihat
Pabila menangkap aurat
Si gedik berseluar ketat.

Siapa benci melihat seksi?
Biar cair hati
Terliur lelaki
..Nak naik saham?
Mestilah melaram
Sedap memandang..geram
Tak tidur malam
Ya..walau ianya haram
Buat-buat je lah tak faham!

Tuan..budiman
Bukan semua perempuan pencetus maksiat
Apa erti lelaki?
Jika tiada iman dalam diri
Tunjukkanlah akhlak terpuji
Ikuti sunnah Nabi
Ibu ayah senang hati
Barulah kami jatuh hati!

Duhai si abang..
Jangan mudah mengintai peluang
Menambah dosa-dosa dalam ruang
Kerna masa tiada berulang
Kerna umur tiada panjang.

Usah impikan darjat cemerlang
Jika hidup sedia bergelumang
Dosa-dosa tak pernah lekang
Mustahil akan datang..
Pintu rezeki luas terbentang.

Hidup bersibuk maksiat
Masihkah ada ruang untuk ilmu melekat?
Hidup berlazat maksiat
Apakah nasib di hari Akhirat?

Terimalah hukuman berat
Rasa lah tubuhmu disiat-siat..
Berbirat disebat cemati Malaikat!
Bagai dipanggang membahang
Membakar hingga ke tulang-belulang
Serta diazab berulang-ulang.

Duhai sahabat..ingat!
Itulah akibat tanpa taubat
Mengapa masih kamu pilih
Maksiat berbanding taat?

Apakah maksiat ini memberi ketenangan?
Apakah si miskin mencuri..
Demi memcari rezeki itu tenang?
Apakah si along memberi pinjam,
Memeras ugut, menindas orang itu tenang?
Apakah si artis bertubuh seksi, bergaul bebas
Bertelanjang itu tenang?

Rakan..taulan
Maksiat ini laknat
Bukan nikmat.
Segeralah bertaubat
Sebelum terlambat.


“Mencari bekalan untuk perjalanan jauh”
~ashijaz
20/ 10/ 2010

Rabu, 22 September 2010

Antara Site Context & Urban Context



Semalam, sy berbincang En. Asrol (Arkitek Senior) di sini. Katanya dlm kita menjalankan site analysis serta merancangkan bangunan yg bakal dibina di tapak. Pastikan perkaitan bangunan (cadangan) dan site context telah dihuraikan dgn sempurna.
Sekeliling tapak memberikan maksud kpd bangunan kita. Tiada sebab utk kita membina sesuatu tanpa sebab (yg kukuh).
Permasalahan tentang akses, pedestrian,regulasi tapak (set back, boundary, plot ratio dll) view/vista (potensi tapak), kemudahan , kesusahan(disadvantages) perlu dirungkaikan dgn sempurna.
Apabila kita merancang bangunan kita pada taking-off point (titik mula pembinaan). Semua bahagian bangunan akan melekat pada tapak seperti MAGNET. Pendek kata setiap sudut/perpenjuru bangunan akan mempunyai maksud. Kontraktor (atau klien) mesti membina bangunan itu di tempat asal (tidak boleh mengubah kedudukannya ke tapak lain atau mengubahkan(anjak) kedudukan bangunan itu walau 1 meter.
Andai ini berlaku bangunan tersebut akan gagal (daripada rekabentuk asal).
Bayangkan jika surau diubah sudut qiblatnya (walaupun 1 darjah). Qiblat tersebut akan salah. Surau akan salah. Keseluruhan bangunan tersebut akan salah.

Life in Architecture Office.


Selasa, 21.09.2010

Antara pengalaman yg perlu dilalui oleh pelajar ialah pengalaman hidup sebagai staf di ofis arkitek. Untuk memudahkan pekerjaan & kehidupan kita di ofis. Kemesraan dan perhubungan baik bersama staf-staf pejabat amat penting. Biasanya di sesebuah ofis, akan wujud jurang antara kumpulan staf dan bos-bos (termasuk arkitek yg memberikan arahan kerja). Walaupun secara zahirnya bos nampak mudah mesra/ friendly tapi hakikatnya, tak semua perkara dpt dikongsi/ diceritakan antara bos dgn staf.
Hari ni sy bertemu dgn Johnny (TA) di depan pej di awal pagi. Dia bertanya kpd sy “Encik ni nak jumpa siapa?” “Sy praktikal di sini”.. semalam dia tiada (masih bercuti Raya)
Tengahari sy p makan dgn Johnny, Sulaiman dan Boboi (budak praktikal Polisas). Kami bersembang tentang life di ofis. Depa di sini suka memancing.. Sy pulak, tak leh lah nak join hobi cam ni; sebab perlu memperuntukkan masa yg banyak (wife sy susah nak kompromi bab ni)..
Bertemu dgn Johnny mengingatkan sy kpd staf lama di GDP, Man nama dia. Dulu dia jd lead, ajak budak2 main futsal. Karekter dia sempoi, happy go lucky, jenis cakap direct (tak da sembunyi2).. skrg ni dgr cita dkt Dubai ( jaga Site di sana).
Di mana2 ofis; kumpulan2 staf biasanya mempunyai hobi yg sama (terutama staf bujang).. Main futsal, snooker, bowling dll. Sy memilih hobi yg lebih tenteram sikit. Dulu kekwn GDP ada yg pergi mengaji tajwid selapas wktu ofis (dkt Hartamas)..tak tau lah sama ada depa masih punyai hobi yg sama.
Apa pun sesibuk mn setiap hari, sy akn cuba membaca ½ atau 1 muka Kitab Suci sebelum pegi kerja. ..(Sethn sekali..leh khatam.)

Selasa, 21 September 2010

dulu di GDP, sekarang di SDP


Isnin, 20/09/2010
Hari pertama saya di firma SDP (Studioplan Design Partnership, Ipoh). Saya belum diberi buku Log oleh ULPL (Unit Latihan & Pembelajaran Lanjutan, Politeknik). Justeru saya fikirkan adalah lebih baik saya catatkan perjalanan kerja harian saya didlm blog ini.
Pagi, seperti biasa sebagai ‘orang baru’ saya menghabiskan masa berkenal-kenalan dengan staf-staf di firma ini.
Boss- Ar Raja Azman, 2nd Bos, En Mior Shamsul, Arkitek- Asrul, Jai, Kamal dan Mat(Rais). TA – Megat, John, …..,Draftsman- Johnny,….,Boboy(practical).. 4 org staf pompuan sy tak ingat nama.
Petang; Biasanya sebagai org baru di sesebuah firma, masa 1 minggu hingga 1 bulan pertama adalah antara masa perkenalan untuk mula bekerja. Dahulu sewaktu saya di GDP, 1minggu pertama ‘duduk saja’ tak ada apa2 kerja nak dibuat melainkan bersembang2 shj. Kerana immediate boss( bos terdekat) belum pulang dari out-station. Tetapi di SDP, pada petang hari ini, En Asrul (architect senior) di sini telah mengumpulkan staf (termasuk sy) untuk membuat perbincangan 1 projek competition yg anjurkan oleh PAM iaitu Masjid MACMA ( Malaysian Chinese Muslim Association ) di KL.
Tengok pada brief projek, saya agak teruja kerana ia seperti brief projek samasa belajar di Politeknik atau Universiti.
Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan (design team) kumpulan saya Bos, Arkitek Kamal, Mat dan Sid. Kumpulan 2 Arkitek Mior , Asrul dan Jai.
Kaedah pengendalian projek competition ini sama shj seperti projek pelajar di sekolah Senibina, ~Memahami kehendak projek, membuat research, conceptual, site analysis dan final presentation on 3 A1 board (portrait) with report.
Cuma perbezaannya jika di sekolah, pada hari submission . Yes, kita perlu hantar, tetapi tak mengapa jika ‘projek kita tak sampai’; markah untuk progress, crit, efforts kita tetap diambil kira. Jika kita telah menunjukkan prestasi yg baik sepanjang perjalanan projek. InsyaAllah kita akan mendapat gred yg baik.
Tetapi berbeza di firma, jika hasil yg dibuat tidak mencapai tahap. Bos mungkin membuat keputusan untuk tidak menghantar projek tersebut ke urusetia pertandingan. Walaupun yuran pendaftaran telah dibayar, kerana ia membawa kpd nama buruk & reputasi syarikat yg tidak baik. Kesan kepada kita (staf/pekerja), bos mungkin kurang percaya kepada keupayaan kita (mungkin bos menunggu masa yg sesuai utk menggantikan kita dgn pekerja2 baru yg lebih baik!!) yg berlumba2 menghantar resume terbaik kpd firma.
Pen-off

Isnin, 26 Julai 2010

Dunia Telah Berusia



Rembang di kota bingit
Silau mataku dicucuk cahaya langit
Ku lihat manusia berlumba-lumba
Mengumpul harta
Tangan-tangan kotor tak apa
Memijak si papa
Usah hiraukan derita mereka
Asalkan aku kaya.

Duniaku telah berusia
Apa yang cantik
Jika hidup perit di kota jelik
Lihatlah manusia-manusia pelik
Tak kira tempat, mengumpat
Tak kira masa, alpa
Walau kaki diikat
Tangan pula bermain maksiat.

Itulah manusia durja
Berbangga dengan dosa-dosa
Nafsu raja dunia
Mati belakang kira.

Di ambang senja
Kerut-kesah wajahmu dunia
Indah hutan belantara
Gondol ditarah manusia
Ingat muara sungai
Tempat mandi mencari kepah
Kini menjadi longgok sampah.

Duniaku telah berusia
Manusia-manusia masih leka
Rindukan nafas segar udara nyaman
Kini tepu dengan pencemaran.

Duniaku pada sisa-sisa usia
Menghitung saat-saat tenat
Mungkinkah besok..kan tiba
Titik Penamat
Bagi segala perbuatan jahat!
Ingatlah duhai si keparat
Ingat..sesal dan taubat.
Ini bukan angkara dungu haiwan
Tapi… bahana rakus mahkluk pilihan.

Jumaat, 16 Julai 2010

10 Kesilapan seorang pelajar Senibina, Politeknik Ungku Omar

1) Datang awal ke studio, tapi berpeluk tubuh,bersembang seolah-olah tiada lagi kerja yang hendak/dapat dibuat.
….
Sikap ini amat tidak sesuai untuk seorang pelajar Senibina, seorang pelajar Senibina walaupun bersifat pendiam tetapi tangannya sentiasa sibuk (membuat lakaran) selagi ada masa terluang.

2) “Encik, ini pelan saya..ini ruang masuk, ini master bedroom..”
….
Teknik persembahan lisan yang tidak tepat. Seharusnya pelajar menerangkan “Pada pelan aras bawah ini, saya membuat main entrance di sini kerana… Saya mengadakan ruang master bedroom di sini untuk memberikan lebih keutamaan kepada client dan cuba mewujudkan penonjolkan terhadap ruang (penjelasan perlu berbentuk design’s statement)”

3) “ Detail bahagian ini, saya sudah cari..tapi belum dapat lagi encik..”
….
Saharusnya pelajar berusaha menyelesaikan permasalahan struktur bangunan secara sistematik.
Idea diperolehi melalui bacaan, kajian dan usaha yang berterusan. Tiada markah bonus yang datang secara mengejut pada saat akhir/ last minute.

4) “Pelan ini, saya sudah ubah seperti yang Dr. Nana suruh hari tu..”
….
Jangan menggunakan nama pensyarah sebagai license untuk memperoleh credit/ confirmation/ pengesahan untuk meneruskan kerja/ semasa proses krit. Sebaliknya pelajar seharusnya berupaya menerangkan (bedasarkan kefahaman sendiri, setelah diperjelaskan oleh pensyarah)
“ Saya telah mengubah bahagian ini begini kerana…(jelaskan kefahaman anda..)”

5) “Pelan ini (lakaran pelan tanpa skala) telah saya ubah sebanyak 3 kali..”
….
Rekabentuk ialah proses yang kompleks, bukan satu haluan/ sehala. Ada kalanya proses yang sama perlu diperjelas/ diulang berkali-kali untuk mendapatkan satu bentuk yang benar-benar seperti yang dikehendaki. Semua ini bukan 3 atau 4 design berasingan tetapi merupakan satu lingkungan proses rekabentuk yang sebenar.

6) Tidak rasa bersalah apabila tidak menghasilkan kerja seperti yg dikehendaki (requirement) terutama untuk sesi krit.
….
Senibina ialah pengajian yang menekankan kepada proses. Ia bukan dinilai kepada persembahan akhir (final presentation) semata-mata. Setiap penglibatan, prestasi (performance) pelajar sepanjang semester diambil kira untuk penilaian markah keseluruhan.

7) Tidak pernah(kurang) memohon maaf kpd pensyarah apabila membuat kerja2 studio di bawah tahap yang memuaskan.
….
Harus diingat bahawa setiap pensyarah sentiasa ingin memberikan markah penilaian yang baik kepada para pelajarnya. Apabila pelajar tidak memberikan yang terbaik (dari sudut kualiti kerja)
Implikasi yang buruk mengenai dirinya telah diberikan kpd pensyarahnya (yang mungkin mendatangkan kesan negatif pada markah penilaian keseluruhan untuk pelajar tersebut).

8) ‘Sayang butterpaper’ malas untuk membuat sketches yg baru dan membuat perubahan pada lakaran butterpaper.
....
Sikap ini sentiasa berlaku kepada pelajar secara tidak langsung. Tanpa kesilapan, tidak banyak yg dapat dipelajari. Tanpa lakaran-lakaran baru rekabentuk tidak dapat berkembang. Lakar dan padam (diulang-ulang) pada kertas yang sama, menyebabkan proses penyelesaian rekabentuk tidak dapat bergerak ke hadapan.

9) “Konsep bioclimatic Arkitek Ken Yeang, saya ambil separuh sahaja”
….
Ini menunjuk pelajar tidak membuat pembacaan sepenuhnya terhadap seseorang tokoh arkitek dan hanya berpuas hati dengan mengetahui satu, dua konsep (seorang pelajar Senibina sebaliknya perlu mengetahui serta membuat kajian yg lebih mendalam tentang seorang tokoh arkitek yang ingin dijadikan idola)

10) Tiada soalan untuk diajukan kepada pensyarah; selepas pensyarah selesai membuat penerangan/memberi input lecture.
….
Dua implikasi terhasil daripada kejadian ini, samada pelajar benar-benar faham atau tidak faham (serta tidak tahu apa yang hendak ditanyakan) dan pelajar lebih cenderung untuk bertanya secara peribadi (dalam sesi personal crit) kerana..

Rabu, 14 Julai 2010

SENIBINA di Tmn Cempaka

SENIBINA di Tmn Cempaka
Apa yang menarik kalau setiap harinya sama?
Apa yang ada?..Semua bosan belaka.
Mungkin mereka tak memahami
SENI ku harganya tinggi!
Nampaknya mudah,tapi padaku..susah.
Tak kan kubiarkan mereka terus ketawa,
tempat ku bukan di sini tapi di universiti ternama!
Di sana studionya dingin.
Di sini hari-hari angin.
Aku Benci.. Aku bukan tahap C!
Jalan ini ku pilih, tiada toleh, tiada dalih.
Pada Diploma tuliskan nama.
Result cantik penuh makna.
Tangis ibu bapa, tanda gembira.
Penat lelah tidak sia-sia.

Selasa, 13 Julai 2010

SENIBINA itu indah

Satu ketika..aku resah
fikirkan untung nasib
semester ini, maniskah? Atau pahit?
Banyak kawan bergelak tawa
pupus teman berduka nestapa.

Luluh syahdu hatiku
mengenangkan nasib ibu & ayah.
Berkorban untuk ku..tak sudah-sudah.
Ku beritahu SENIBINA ini susah!
Riak hiba hati mereka bergundah
aku pura-pura rasa tak bersalah.

Apa susah mencari alasan
mereka bukan bersekolah tinggi.
Hidup di sini aku sendiri
apa pun aku buat..engkau apa peduli?

Jika ku sasarkan gred tinggi,
apakah itu mimpi?
Kata kawanku..A hanya untuk pensyarah.
Main, merapu, ketawa kami berdekah-dekah.
“Habis kita ni layak dapat apa, Dol?”
“Gred kita hanya kepala cangkul”
Asyik berborak sampai ke pagi
padanlah kita hanya dapat C.

SENIBINA itu indah
itu kata pensyarah.
Tapi jika kamu buat tak kisah
kamu pilih untuk jadi susah!

Maafkan daku ayah ibu..
Ini bukan salah ibu
ini bukan dosa ayah..
aku..gagal beroleh anugerah.

Segala sesalan
jadikan pengajaran.
Cukuplah rugi setakat ini..
Masa tiada berulang lagi.

Jangan beri dalih.
Usah beri alasan.
Kerna masa depan
Allah tentukan.
Pilihlah kawan sejati.
Sama membantu bentuk peribadi.
Jangan jadi pendengki, pemalas..
Kerja sedikit harapkan balasan emas!

SENIBINA inilah duniaku.
Bukan kepandaian jadi penentu.
Tapi kerajinan pasti membantu.

Siapa arkitek tersohor?
Manusia itu kamu jadikan idola.
Kelak nanti kamu jadilah seperti dia.

SENIBINA itu indah
tekad usaha
tanpa lelah
apa sahaja
jadi mudah.


Ashijaz
21/05/2010

Hello Portfolio!!

Hello Portfolio!!