Isnin, 26 Julai 2010

Dunia Telah Berusia



Rembang di kota bingit
Silau mataku dicucuk cahaya langit
Ku lihat manusia berlumba-lumba
Mengumpul harta
Tangan-tangan kotor tak apa
Memijak si papa
Usah hiraukan derita mereka
Asalkan aku kaya.

Duniaku telah berusia
Apa yang cantik
Jika hidup perit di kota jelik
Lihatlah manusia-manusia pelik
Tak kira tempat, mengumpat
Tak kira masa, alpa
Walau kaki diikat
Tangan pula bermain maksiat.

Itulah manusia durja
Berbangga dengan dosa-dosa
Nafsu raja dunia
Mati belakang kira.

Di ambang senja
Kerut-kesah wajahmu dunia
Indah hutan belantara
Gondol ditarah manusia
Ingat muara sungai
Tempat mandi mencari kepah
Kini menjadi longgok sampah.

Duniaku telah berusia
Manusia-manusia masih leka
Rindukan nafas segar udara nyaman
Kini tepu dengan pencemaran.

Duniaku pada sisa-sisa usia
Menghitung saat-saat tenat
Mungkinkah besok..kan tiba
Titik Penamat
Bagi segala perbuatan jahat!
Ingatlah duhai si keparat
Ingat..sesal dan taubat.
Ini bukan angkara dungu haiwan
Tapi… bahana rakus mahkluk pilihan.

Tiada ulasan:

Hello Portfolio!!

Hello Portfolio!!