Satu ketika..aku resah
fikirkan untung nasib
semester ini, maniskah? Atau pahit?
Banyak kawan bergelak tawa
pupus teman berduka nestapa.
Luluh syahdu hatiku
mengenangkan nasib ibu & ayah.
Berkorban untuk ku..tak sudah-sudah.
Ku beritahu SENIBINA ini susah!
Riak hiba hati mereka bergundah
aku pura-pura rasa tak bersalah.
Apa susah mencari alasan
mereka bukan bersekolah tinggi.
Hidup di sini aku sendiri
apa pun aku buat..engkau apa peduli?
Jika ku sasarkan gred tinggi,
apakah itu mimpi?
Kata kawanku..A hanya untuk pensyarah.
Main, merapu, ketawa kami berdekah-dekah.
“Habis kita ni layak dapat apa, Dol?”
“Gred kita hanya kepala cangkul”
Asyik berborak sampai ke pagi
padanlah kita hanya dapat C.
SENIBINA itu indah
itu kata pensyarah.
Tapi jika kamu buat tak kisah
kamu pilih untuk jadi susah!
Maafkan daku ayah ibu..
Ini bukan salah ibu
ini bukan dosa ayah..
aku..gagal beroleh anugerah.
Segala sesalan
jadikan pengajaran.
Cukuplah rugi setakat ini..
Masa tiada berulang lagi.
Jangan beri dalih.
Usah beri alasan.
Kerna masa depan
Allah tentukan.
Pilihlah kawan sejati.
Sama membantu bentuk peribadi.
Jangan jadi pendengki, pemalas..
Kerja sedikit harapkan balasan emas!
SENIBINA inilah duniaku.
Bukan kepandaian jadi penentu.
Tapi kerajinan pasti membantu.
Siapa arkitek tersohor?
Manusia itu kamu jadikan idola.
Kelak nanti kamu jadilah seperti dia.
SENIBINA itu indah
tekad usaha
tanpa lelah
apa sahaja
jadi mudah.
Ashijaz
21/05/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan