Sila baca apa2 shj yang berkaitan dengan PEMBINAAN.
Jawap soalan biar ringkas, tapi jawapan tepat.
Jangan tulis panjang-panjang, tapi fakta kurang.
Di Tapak terdapat banyak ‘shortform’ yang sering dibincangkan/disebut dalam site meeting.
Spt ; SO = Superintendent Officer, RA, RE, COW dll.
Refer kpd kontrak;
1) sendainya projek gagal disiapkan dalam tempoh kontrak. Setiap hari berikutnya kontraktor akan dikenakan denda atau LAD ( Liquidated & Ascertained Damages) maksudnya klien akan rugi kerana tidak dapat guna bangunan dlm tempoh dipersetujui kontrak, oleh itu kerugian klien perlu ditangguh oleh kontraktor.
2) Jika ada sebab munasabah/ rasional spt hujan berlarutan (disokongkan carta/jadual iklim tapak), pekerja mogok/rusuha/ kemalangan dll, kontraktor perlu memohon Lanjutan Masa (EOT/ extension of Time) kepada SO dengan sokongan arkitek. Dengan EOT kontraktor tidak akan dikenakan LAD.
3) Sekiranya dalam masa projek, klien/arkitek minta apa2 penambahan, dan speksifikasi itu tidak ada dalam kontrak, kontraktor berhak memohon VO (Variety Order). Arkitek biasanya akan push kontraktor buat kerja sebaik mungkin ( tanpa mengeluarkan VO) dan pihak kontraktor pula ‘suka’ kpd VO kerana boleh dapat lebih untung.
Sekiranya berlaku kesilapan rekabentuk (dari arkitek), dan kontraktor diperlukan membuat pembaikan. Kontraktor akan claim VO.
4) Apabila projek telah di hand-over, Bangunan diberikan warranty, tempoh ini dipanggil DLP (Defect Liability Period)/ tempoh kecacatan kerja. bIasanya 18 bulan bergantung kpd kontrak. Dalam tempoh tersebut sekiranya berlaku kerosakan/ kecacatan bangunan disebabkan kualiti kerja kontraktor. Kontraktor diwajibkan memperbaikinya tanpa kos.
Sekiranya kontraktor tak mau buat/ baiki kerja tersebut. SO/ Klien boleh melantik pihak ketiga dan bayaran tersebut akan dibayar drpd ‘retention fund’ wang tahanan kontraktor yg masih disimpan oleh klien.
5) CPC/ cert of Practical Completion dikeluarkan oleh Arkitek, apabila kerja2 kontraktor telah siap.
(sebelum hand-over).
CNC/ Cert of Non-Completion. Sijil perakuan Kerja2 tidak Siap, dikeluarkan arkitek kpd kontraktor seandainya kerja2 tidak siap (projek terbengkalai). Kontrak amat takut, kerana dgn sijil ini nama meraka ‘bad record’ sukar utk mendpt projek2 baru.
2 ulasan:
En n puan.
terima kasih..
doakan kejayaan kami semua..
en n puan..
terima kasih..
doakan kejayaan kami semua..
Catat Ulasan