Isnin, 26 Julai 2010

Dunia Telah Berusia



Rembang di kota bingit
Silau mataku dicucuk cahaya langit
Ku lihat manusia berlumba-lumba
Mengumpul harta
Tangan-tangan kotor tak apa
Memijak si papa
Usah hiraukan derita mereka
Asalkan aku kaya.

Duniaku telah berusia
Apa yang cantik
Jika hidup perit di kota jelik
Lihatlah manusia-manusia pelik
Tak kira tempat, mengumpat
Tak kira masa, alpa
Walau kaki diikat
Tangan pula bermain maksiat.

Itulah manusia durja
Berbangga dengan dosa-dosa
Nafsu raja dunia
Mati belakang kira.

Di ambang senja
Kerut-kesah wajahmu dunia
Indah hutan belantara
Gondol ditarah manusia
Ingat muara sungai
Tempat mandi mencari kepah
Kini menjadi longgok sampah.

Duniaku telah berusia
Manusia-manusia masih leka
Rindukan nafas segar udara nyaman
Kini tepu dengan pencemaran.

Duniaku pada sisa-sisa usia
Menghitung saat-saat tenat
Mungkinkah besok..kan tiba
Titik Penamat
Bagi segala perbuatan jahat!
Ingatlah duhai si keparat
Ingat..sesal dan taubat.
Ini bukan angkara dungu haiwan
Tapi… bahana rakus mahkluk pilihan.

Jumaat, 16 Julai 2010

10 Kesilapan seorang pelajar Senibina, Politeknik Ungku Omar

1) Datang awal ke studio, tapi berpeluk tubuh,bersembang seolah-olah tiada lagi kerja yang hendak/dapat dibuat.
….
Sikap ini amat tidak sesuai untuk seorang pelajar Senibina, seorang pelajar Senibina walaupun bersifat pendiam tetapi tangannya sentiasa sibuk (membuat lakaran) selagi ada masa terluang.

2) “Encik, ini pelan saya..ini ruang masuk, ini master bedroom..”
….
Teknik persembahan lisan yang tidak tepat. Seharusnya pelajar menerangkan “Pada pelan aras bawah ini, saya membuat main entrance di sini kerana… Saya mengadakan ruang master bedroom di sini untuk memberikan lebih keutamaan kepada client dan cuba mewujudkan penonjolkan terhadap ruang (penjelasan perlu berbentuk design’s statement)”

3) “ Detail bahagian ini, saya sudah cari..tapi belum dapat lagi encik..”
….
Saharusnya pelajar berusaha menyelesaikan permasalahan struktur bangunan secara sistematik.
Idea diperolehi melalui bacaan, kajian dan usaha yang berterusan. Tiada markah bonus yang datang secara mengejut pada saat akhir/ last minute.

4) “Pelan ini, saya sudah ubah seperti yang Dr. Nana suruh hari tu..”
….
Jangan menggunakan nama pensyarah sebagai license untuk memperoleh credit/ confirmation/ pengesahan untuk meneruskan kerja/ semasa proses krit. Sebaliknya pelajar seharusnya berupaya menerangkan (bedasarkan kefahaman sendiri, setelah diperjelaskan oleh pensyarah)
“ Saya telah mengubah bahagian ini begini kerana…(jelaskan kefahaman anda..)”

5) “Pelan ini (lakaran pelan tanpa skala) telah saya ubah sebanyak 3 kali..”
….
Rekabentuk ialah proses yang kompleks, bukan satu haluan/ sehala. Ada kalanya proses yang sama perlu diperjelas/ diulang berkali-kali untuk mendapatkan satu bentuk yang benar-benar seperti yang dikehendaki. Semua ini bukan 3 atau 4 design berasingan tetapi merupakan satu lingkungan proses rekabentuk yang sebenar.

6) Tidak rasa bersalah apabila tidak menghasilkan kerja seperti yg dikehendaki (requirement) terutama untuk sesi krit.
….
Senibina ialah pengajian yang menekankan kepada proses. Ia bukan dinilai kepada persembahan akhir (final presentation) semata-mata. Setiap penglibatan, prestasi (performance) pelajar sepanjang semester diambil kira untuk penilaian markah keseluruhan.

7) Tidak pernah(kurang) memohon maaf kpd pensyarah apabila membuat kerja2 studio di bawah tahap yang memuaskan.
….
Harus diingat bahawa setiap pensyarah sentiasa ingin memberikan markah penilaian yang baik kepada para pelajarnya. Apabila pelajar tidak memberikan yang terbaik (dari sudut kualiti kerja)
Implikasi yang buruk mengenai dirinya telah diberikan kpd pensyarahnya (yang mungkin mendatangkan kesan negatif pada markah penilaian keseluruhan untuk pelajar tersebut).

8) ‘Sayang butterpaper’ malas untuk membuat sketches yg baru dan membuat perubahan pada lakaran butterpaper.
....
Sikap ini sentiasa berlaku kepada pelajar secara tidak langsung. Tanpa kesilapan, tidak banyak yg dapat dipelajari. Tanpa lakaran-lakaran baru rekabentuk tidak dapat berkembang. Lakar dan padam (diulang-ulang) pada kertas yang sama, menyebabkan proses penyelesaian rekabentuk tidak dapat bergerak ke hadapan.

9) “Konsep bioclimatic Arkitek Ken Yeang, saya ambil separuh sahaja”
….
Ini menunjuk pelajar tidak membuat pembacaan sepenuhnya terhadap seseorang tokoh arkitek dan hanya berpuas hati dengan mengetahui satu, dua konsep (seorang pelajar Senibina sebaliknya perlu mengetahui serta membuat kajian yg lebih mendalam tentang seorang tokoh arkitek yang ingin dijadikan idola)

10) Tiada soalan untuk diajukan kepada pensyarah; selepas pensyarah selesai membuat penerangan/memberi input lecture.
….
Dua implikasi terhasil daripada kejadian ini, samada pelajar benar-benar faham atau tidak faham (serta tidak tahu apa yang hendak ditanyakan) dan pelajar lebih cenderung untuk bertanya secara peribadi (dalam sesi personal crit) kerana..

Rabu, 14 Julai 2010

SENIBINA di Tmn Cempaka

SENIBINA di Tmn Cempaka
Apa yang menarik kalau setiap harinya sama?
Apa yang ada?..Semua bosan belaka.
Mungkin mereka tak memahami
SENI ku harganya tinggi!
Nampaknya mudah,tapi padaku..susah.
Tak kan kubiarkan mereka terus ketawa,
tempat ku bukan di sini tapi di universiti ternama!
Di sana studionya dingin.
Di sini hari-hari angin.
Aku Benci.. Aku bukan tahap C!
Jalan ini ku pilih, tiada toleh, tiada dalih.
Pada Diploma tuliskan nama.
Result cantik penuh makna.
Tangis ibu bapa, tanda gembira.
Penat lelah tidak sia-sia.

Selasa, 13 Julai 2010

SENIBINA itu indah

Satu ketika..aku resah
fikirkan untung nasib
semester ini, maniskah? Atau pahit?
Banyak kawan bergelak tawa
pupus teman berduka nestapa.

Luluh syahdu hatiku
mengenangkan nasib ibu & ayah.
Berkorban untuk ku..tak sudah-sudah.
Ku beritahu SENIBINA ini susah!
Riak hiba hati mereka bergundah
aku pura-pura rasa tak bersalah.

Apa susah mencari alasan
mereka bukan bersekolah tinggi.
Hidup di sini aku sendiri
apa pun aku buat..engkau apa peduli?

Jika ku sasarkan gred tinggi,
apakah itu mimpi?
Kata kawanku..A hanya untuk pensyarah.
Main, merapu, ketawa kami berdekah-dekah.
“Habis kita ni layak dapat apa, Dol?”
“Gred kita hanya kepala cangkul”
Asyik berborak sampai ke pagi
padanlah kita hanya dapat C.

SENIBINA itu indah
itu kata pensyarah.
Tapi jika kamu buat tak kisah
kamu pilih untuk jadi susah!

Maafkan daku ayah ibu..
Ini bukan salah ibu
ini bukan dosa ayah..
aku..gagal beroleh anugerah.

Segala sesalan
jadikan pengajaran.
Cukuplah rugi setakat ini..
Masa tiada berulang lagi.

Jangan beri dalih.
Usah beri alasan.
Kerna masa depan
Allah tentukan.
Pilihlah kawan sejati.
Sama membantu bentuk peribadi.
Jangan jadi pendengki, pemalas..
Kerja sedikit harapkan balasan emas!

SENIBINA inilah duniaku.
Bukan kepandaian jadi penentu.
Tapi kerajinan pasti membantu.

Siapa arkitek tersohor?
Manusia itu kamu jadikan idola.
Kelak nanti kamu jadilah seperti dia.

SENIBINA itu indah
tekad usaha
tanpa lelah
apa sahaja
jadi mudah.


Ashijaz
21/05/2010

Hello Portfolio!!

Hello Portfolio!!